Bismillahirrahmaanirrahiim…
Firman Allah SWT…
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya."
"Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas."
Al-Mu’minun
Sesungguhnya Allah telah berfirman sedemikian..Oleh itu, di manakah kita sekarang?Adakah kita telah tergolong dalam golongan orang mukmin yang berjaya itu?
Renungilah lagi firman Allah SWT:
"Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya."
An-Nur:31
Sesungguhnya Ayat ini bukanlah dinyatakan ingin menyindir sesiapa, tetapi itulah firman-Nya..Tuhan Sekalian Alam..Oleh hal yang demikian, mengapakah masih ada sesetengah golongam manusia yang masih mampu mengingkari Ayat-ayat suci ini? Salah satu daripada rukun iman, Beriman kepada Kitab2 Allah…Maka, jika kita mengingkari ayat2 itu, bukankah kita telah tergolong dalam golongan hamba yang TIDAK beriman kepada kitab-Nya??
Dalam Buku 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Telah dinyatakan tentang DUA golongan yang akan menjadi penghuni neraka:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada
dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku
melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai
cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang
lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul
di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat
mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium
dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
Hadis riwayat Muslim.
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat
dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka
memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia
dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian
pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita
hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian
tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan
bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis
sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian
berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak
akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah
tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
Berdasarkan Hadis Di atas, Rasulullah telah menyatakan tentamg 2 golongan itu. Sesungguhnya, sesiapa yang telah menyalah gunakan kuasa yang dimilikinya akan menjadi penghuni Neraka. Di samping itu, Baginda SAW turut menyatakan bahawa wanita yang tidak menjaga Kehormatan dirinya, iaitu aurat mereka, turut menjadi penghuni Neraka Jahannam. Seyogianya, kita selaku Hamba Allah yang mukmin patut berusaha bagi mendapatkan Syurga-Nya, bukanlah berlumba-lumba untuk memasuki Neraka-Nya.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada masa ini. Akhirulkalam, saya ingin berpesan kepada semua saudara Muslim dan kepada diri saya sendiri, Bertaqwalah kita kepada Allah SWT..
Sekian, Wassalam…